Home | Penulisan Laoshi | Wanita Tercantik Zaman Dinasti Cina?

Pepatah Cina ada mengatakan:

情人眼里出西施

yang bermaksud:

Kecantikan itu terserlah di mata kekasih,

atau dalam Bahasa Inggeris, Beauty is in the eyes of beholder

atau dalam istilah Pepatah Melayu, elok buruk di mata orang takkan sama di mata kita

Walaupun pepatah di atas menekankan bahawa kecantikan itu sesuatu yang subjektif, definisi “cantik” itu pernah diberikan suatu kayu ukur dalam zaman dinasti cina suatu masa dahulu. Contohnya pada zaman Dinasti Tang, ialah zaman 以胖为美 (gemuk itu adalah cantik).

Tetapi tahukah anda, zaman dinasti-dinasti di China dulu, ada satu senarai EMPAT WANITA TERCANTIK yang bertahan selama LIMA RIBU TAHUN, sehinggalah sekarang kaum cina masih mengiktiraf EMPAT wanita ini sebagai wanita yang tercantik dalam sejarah cina.

 

情人眼里出西施
Elok buruk di mata orang takkan sama di mata kita

 

[toc]

Pengenalan

Pengenalan 

Four Beauties 四大美人

Lahir dalam Dinasti yang berbeza, Four Beauties masing-masing mempunyai bakat dan kecantikan yang sering diberikan perumpamaan yang melampau atau dalam erti kata lain, hiperbola. Tetapi tahukah anda, walaupun mempunyai kecantikan persis dewi, keempat-empat wanita ini masih tidak dapat lari dari stereotaip masyarakat yang menganggap wanita ini seperti objek mahupun alat untuk mencapai sesuatu matlamat.  

Dan, yang paling menyedihkan, setiap dari mereka mendapat pengakhiran hidup yang malang sekali, ada yang hidupnya dipergunakan, ada yang dibenci rakyat kerana menjadi punca raja leka/mati, ada yang hidup merana, merempat dan ada juga yang diburu sehingga ke nafas yang terakhir.

Image

Sedih bukan? Sejak dahulu lagi wanita diberikan layanan sebegini. Tetapi mengapa? Mari laoshi kupaskan.

杨贵妃

肆 (empat)

杨贵妃
🔊 yáng gùi fēi

Wanita ini lah yang selalu dirujuk akan kecantikannya walaupun susuk tubuhnya agak besar dan berisi berbanding tiga wanita yang lain.

Kecantikannya begitu menawan sehingga membuatkan bunga menjadi malu apabila berada di taman.

Itulah asal usul kepada ungkapan:

贵妃羞花
🔊 guì fēi xiū huā
yang bermaksud
Gui Fei malukan bunga

杨贵妃身高体重是多少?她真的很胖吗?_知秀网

Lahir pada tahun 719 pada zaman Dinasti Tang, Mahajara Xuan Zhong (唐玄宗)  serta merta tertarik dan terpesona dengan Gui Fei apabila dia masuk ke istana, dan kemudiannya berhenti menghiraukan 3000 gundik yang lain.

Disebabkan Gui Fei, Maharaja Xuan Zhong menjadi leka dan sentiasa meninggalkan tugasan dan tanggungjawab sebagai Maharaja demi meluangkan masa dengan Gui Fei.

Maharaja Xuan Zhong (唐玄宗)

Sehinggalah rusuhan berlaku waktu Dinasti Tang, Maharaja melarikan diri bersama Gui Fei, sehingga ke suatu tempat, askar-askar enggan lagi meiringi Maharaja, melainkan Maharaja melaksanakan hukuman mati ke atas Gui Fei yang mereka benci.

Antara gundik dan keselamatan diri, Gui Fei menjadi korban.

Gui Fei memakai jubah besar

Ada yang tertanya-tanya, bukankah Dinasti Tang itu Dinasti yang mengagungkan “Gemuk itu Cantik” atau 以胖为美?

Tepat sekali! Kerana apabila anda tidak kurus, ianya bermaksud anda cukup makan dan kaya – maka ia menjadi lambang kekayaan dan ketinggian status anda.

Cumanya, dari segi lukisan, pelukis tidak akan mengambarkannya, contohnya Gui Fei, sebagai wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Sebaliknya, pelukis akan menggunakan “drawing trick” dan menampakkannya sedikit berisi. Contohnya dengan cara memakai jubah yang besar atau dengan menyorok di belakang batu.

Gui Fei menyorok di belakang batu

Belajar Mandarin menjadi lebih menarik SEKIRANYA pembelajaran diselit dengan perkara menarik yang berlaku dalam sejarah

kalau rasa cara laoshi menarik, jom belajar Asas Mandarin dengan laoshi 🤓

王昭君

叁 (tiga)

王昭君
🔊 wáng zhāo jūn

Wanita yg terkenal dengan kehebatan bermain alat musik 琵琶 🔊 pí pā

王昭君 (Wang ZhaoJun)
Wang ZhaoJun yang dilakonkan oleh Yang Mi

Begitu agung kecantikan beliau dan hebatnya bakat beliau bermain alat muzik sehinggakan angsa yang berterbangan pun boleh jatuh menjunam ke tanah kerana terpegun dengan kecantiknya.

Maka dari situ terbitnya ungkapan kepada

昭君落雁
🔊 zhāo jūn luò yàn
Zhao Jun (menyebabkan) jatuhnya angsa

Jadi, kalau yang semasa berjalan-jalan dan ternampak wanita cantik, ternganga dan kemudiannya terlanggar tiang atau dinding, maka anda boleh gunakan ungkapan ini kerana ianya lebih kurang sama seperti angsa-angsa yang tergamam dengan kecantikan Zhao Jun sampai lupa untuk terbang 😂

Accent

Lahir pada tahun 52 sebelum masihi pada zaman Dinasti Han, Zhao Jun tidak dipilih menjadi gundik apabila masuk istana kerana Maharaja Yuan memilih gundik mengikut lukisan sahaja disebabkan keadaan yang terlampau sibuk.

Dan pada zaman itu pula, pelukis diraja hanya akan melukis dengan cantik sekiranya dirasuah. Zhao Jun terlampau berkeyakinan dengan kecantikannya memilih untuk tidak merasuah pelukis tersebut.

Oleh itu, Maharaja Yuan hanya mendapat lukisan Zhao Jun sebagai gundik pilihan yang buruk kerana pelukis diraja tidak melukis Zhao Jun dengan teliti memandangkan gundik-gundik lain ramai yang merasuah dan meminta lukisan meraka dilukis dengan cantik sekali.

Zhao Jun tak pernah dipilih oleh Maharaja Yuan.

Tetapi takdir itu sememangnya tiba pada waktu yang tidak dijangka.

Pada suatu hari, Raja kepada negara 匈奴 🔊xiōng nú yg bernama 呼韩邪 🔊 hū hàn xié datang berjumpa Maharaja Yuan dan meminta untuk diberikan seorang gundik milik maharaja untuk dikahwinkan kepadanya sebagai tanda persetujuan pendamaian.

illustrasi 呼韩邪 (Hu HanXie)

Lantas, Maharaja Yuan yang mahu berikan gundik yang paling hodoh memilih lukisan Zhao Jun.

Setelah bersetuju, Zhao Jun dibawa keluar menghadap Maharaja Yuan buat kali pertama untuk “dihadiahkan” kepada Raja Xiong Nu, tergamam Maharaja Yuan kerana Zhao Jun ialah gundik tercantik yang pernah dijumpai beliau.

Sedih dengan situasi ini, cuba teka siapa yang kena pancung lepas tu kerana menipu Maharaja Yuan😂

Padan muka! Makan rasuah lagi!

Sedihnya hidup, dijadikan “barang dagang/alat pendamaian”. Terpaksa berkahwin dengan orang yang tak sudi. Terpaksa hidup di negara asing.

Pengakhirannya? Ada yang kata Zhao Jun bunuh diri kerana kecewa kedamaian yg dia pertahankan melalui pengorbanannya sia-sia sebab kedua negara tersebut kemudiannya kembali berperang.

 

貂蝉

贰 (dua)

貂蝉
🔊 diāo chán

kalau anda pernah menonton cerita Three Kingdom atau pernah bermain permainan video Mobile Legend atau 王者荣耀 (Mobile Legend versi China) pasti anda mengenali Diao Chan

Kecantikannya begitu bersinar sehinggakan bulan malu melihat Diao Chan kerana Diao Chan lebih cantik bersinar.

Lantas menjadi ungkapan:

貂蝉闭月
🔊 diāo chán bì yuè
Diao Chan menutup bulan

Cantiknya Diao Chan itu sehingga menjadi rebutan raja 董卓 🔊dǒng zhuō dan anak angkatnya 吕布 🔊 lǚ bù pada masa yang sama.

 

吕布 (LuBu) yang sering menjadi watak terkuat dalam permainan video "Dynasty Warrior" atau "Three Kingdom"

Tugas Diao Chan – memecah belahkan hubungan Dong Zhuo dan Lu Bu, yang di mana pada akhirnya, dengan kerja sama dengan pegawai 王允 🔊wáng yún, Dong Zhuo berjaya dikalahkan

Tetapi sebenarnya, semua ini ialah plot asal Wang Yun yang ingin menjatuhkan Dong Zhuo. Beliau sedar bahawa Dong Zhuo tidak boleh diusik selagi Lu Bu ada di sisinya.

Maka, Diao Chan diperalatkan untuk menggoda mereka berdua.

Sekali lagi, wanita dijadikan “alat” dalam mencapai agenda keji.

Ilustrasi DiaoChan yang sedang mengoda LuBu

Ada yg kata Diao Chan itu hanyalah nama samaran. Ada yang kata beliau tak pernah wujud kerana tidak pernah tercatat dalam sejarah secara rasmi.

Tetapi, yang pasti, kisah beliau sebagai punca pecah belah hubungan anak angkat bersama ayahnya, dan punca rosaknya sesebuah negara itu menjadi tular mulut ke mulut dari zaman ke zaman.

Rupa cantik, tetapi dikenang kerana sifat kejinya memecahbelahkan hubungan.

西施

壹(satu)

西施
🔊 xī shī

Yang tercantik antara keempat-empat wanita. Kecantiknya sehinggakan apabila ikan nampak beliau, boleh lupa cara berenang, tenggelam ke dasar.

Maka menjadi usul kepada ungkapan:

西施沉鱼
🔊 xī shī chén yú
Xi Shi menenggelamkan ikan

Xi Shi lahir pada 506 sebelum masihi, pada zaman 春秋 🔊chūn qiū iaitu Spring Period

Pada zaman ni, China terdiri daripada banyak negara-negara kecil, oleh itu, banyak peperangan dan pertelingkahan yang berlaku.

Xi Shi berasal dari Negara Yuè (越) yang kalah kepada Negara Wú (吴)

Raja Yuè terpaksa berkhidmat di bawah pemerintahan Raja Wú kemudiannya, Raja Yuè ketahui kelemahan Raja Wú – beliau mudah terpengaruh dan terganggu oleh wanita cantik。

Maka Raja Yuè memperalatkan Xi Shi untuk menggoda dan menyibukkan Raja Wú sehingga Raja Wú leka dan tidak menjaga negara dengan baik, kemudiannya dikalahkan oleh pemberontak.

Kedudukan Negara Wu (吴) dan Negara Yue (越)

Apa yang terjadi kepada Xi Shi?

Ada yang kata beliau bunuh diri selepas “misi”nya berjaya

Ada yang kata beliau larikan diri bersama Raja Wú dan hidup bahagia sehingga hujung nyawa.

Wallahu a’lam.

ilustrasi Xi Shi sedang membasuh kain di tepi sungai yang kononnya menengelamkan ikan

Kesimpulan

Kesimpulan

Baik, itu sahaja cerita laoshi untuk Empat Wanita Tercantik dalam Sejarah China.

Sedih kerana bagi keempat-empat wanita ini, walaupun cantik, tetapi hidup mereka dipergunakan, dan ada yang dibenci rakyat kerana menjadi punca raja/maharaja leka.

Sebagai penutup, mungkin kita boleh sama-sama renungkan:

“Kecantikan itu Subjektif”

Kecantikan luaran akan hilang dek usia. Tetapi kepandaian, kemahiran, kesopanan, kecantikan dalaman itu tidak akan lapuk dimamah usia.

Cinta orang, jangan cinta rupa.😉

Dan juga kepada semua wanita yang membaca penulisan laoshi ini sehingga ke penghujung:

HAPPY INTERNATIONAL WOMEN’S DAY
妇女节快乐
🔊 fù nǚ jié kuài lè

Perjalanan Belajar Mandarin itu menjadi perjalanan yang sunyi kerana anda yang memilih untuk belajar berseorangan.

Kenapa belajar sendiri bila anda boleh belajar bersama 2547 pelajar lain? Klik “Daftar Sekarang”🤓

Jom Baca Artikel Lain Dari Laoshi