ANNOUNCEMENT
Announcement Post ini terdiri daripada 4 bahagian
i. PRAKATA
ii. PERINGATAN
iii. TURUTAN VIDEO
iv. CARA PEMBELAJARAN
Pastikan anda baca kesemuanya ye. Terima Kasih!
============
PRAKATA
============
Bismillah, Assalamualaikum wb
Selamat datang ke MANDARINJER PLATFORM ONLINE
Laoshi berterima kasih atas penyertaan anda.
Matlamat utama laoshi dalam menubuhkan Mandarinjer ini adalah untuk membantu sebanyak boleh anak-anak melayu kita memahami Mandarin dengan lebih mudah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utama dalam semua sesi pembelajaran.
Selain itu, matlamat laoshi meneruskan Mandarinjer sebagai business utama laoshi adalah untuk menjadikan pembelajaran Bahasa Cina lebih kreatif, inovatif dan mudah difahami
Bagi Platform ini pula, tujuan utama laoshi adalah untuk menyediakan kemudahan kepada pelajar2 dewasa yang bekerjaya dan tiada banyak masa lapang yang ingin mengenali “apakah itu Mandarin” supaya anda dapat berjinak-jinak dengan asas komunikasi Mandarinjer dengan lebih fleksible dan mudah. Lagi2 untuk yang susah nak travel. Platform ini dibina khas untuk anda.
Laoshi doakan mudah-mudahan anda mendapat pemahaman dari video2 dan latihan2 yang laoshi sediakan
semoga dari sini, lebih ramai pelajar yang dapat kuasai Mandarin sehingga dapat berkomunikasi menggunakan bahasa ini dengan mudah dan efektif
Selamat Maju Jaya
============
PERINGATAN
============
– Kalau boleh jangan skip skip ye, tengok ikut turutan yang disediakan di bawah ini ye
– Video ni tontonan untuk anda yang bayar yuran sahaja ye. 1 pembelian 1 user. Kalau yg tetap nak share juga laoshi tak izinkan ye. Orang kata ilmu tak berkat, susah nak dapat pemahaman nnti 😔
– Kalau ada yg berminat, anda boleh minta beliau terus buat pembayaran kepada laoshi dan terus inform laoshi di whatsapp dan share Transfer Slip beliau.
LAOSHI AKAN SEDIAKAN REFERAL COMMISSION KEPADA ANDA
– Diminta jangan download dan sebarkan video2 yg laoshi upload di sini ye.
=================
TURUTAN VIDEO
=================
Pastikan anda menonton mengikut turutan topik yang laoshi dah sediakan ye. Takut nanti confuse kalau lompat2 topik.
Sila ke bahagian CLASSWORK untuk akses modul video dan latihan
====================
CARA PEMBELAJARAN
====================
Mulakan dengan memuat turun modul eksklusif dari laoshi di sini
https://drive.google.com/file/d/1S439Lu7SpSZIIjejj1WwBoWi4QFtLLGg/view
Mohon jangan sharekan modul ini kepada orang luar ye.
Anda boleh pilih sama ada nak rujuk modul laoshi ini dalam bentuk softcopy sahaja, atau nak print out pun boleh
Untuk rumuskan, sequence/turutan cara belajar ialah melalui
1. tontonan video sambil merujuk modul, kemudiannya;
2. lengkapkan latihan di Google Classroom
Sebarang pertanyaan, anda boleh pilih salah satu cara berikut untuk ajukan pertanyaan:
1. untuk setiap video boleh tanya soalan di comment section
2. semasa hantar latihan di Google Classroom ada juga ruangan private chat untuk tanya soalan
3. boleh terus whatsapp laoshi di +601110831703
Selamat Maju Jaya! Terima kasih atas pendaftaran anda.
