
Raya Cina ke-15 dipanggil sebagai Chap Goh Meh, atau
元宵节 (yuán xiāo jié)
[sc_embed_player fileurl=”https://www.mandarinjer.com/wp-content/uploads/2021/02/yxj.mp3″] yes boleh tekan, ada bunyi bacaan
adalah penutup bagi Tahun Baru Cina, disambut pada waktu malam memandangkan ini adalah malam pertama bulan mengambang penuh tahun ini.
Selain diberi nama “Lantern Festival”, ianya juga dipanggil sebagai Chinese Valentine’s Day. Mengapa? Mari laoshi ceritakan.
LANTERN FESTIVAL
IALAH
CHAP GOH MEH
Perbezaan Lantern Festival & Mid Autumn Festival
Sebelum laoshi sambung bercerita, anda perlu ingat,
Jangan confuse dengan Lantern Festival (Chap Goh Meh) dengan Mid Autumn Festival (Perayaan Kuih Bulan)
Kedua-dua perayaan ini akan ada gantung tanglung, cuma bezanya satu perayaan pada RAYA CINA KE-15, satu lagi 15hb LAPAN calender cina

Dongeng/Asal Usul
Ada beberapa dongeng untuk perayaan ini, tetapi yang paling famous ialah:
Pada zaman dahulu, ada seekor burung jenjang yang paling disayangi Jade Emperor telah diburu dan dibunuh oleh penduduk kampung
Maka Jade Emperor titahkan supaya perkampungan tersebut dimusnahkan kerana amarah
Anak perempuan Jade Emperor yg terdengar titah tersebut terus meluru ke perkampugan tersebut untuk memberi amaran kepada penduduk kampung
Untuk elakkan kampung mereka dimusnahkan, maka malam tersebut (malam ke 15) mereka pun gantung dan terbangkan lantern beramai-ramai
Apabila askar Jade Emperor sampai, kelihatan perkampungan tersebut dalam kebakaran, api sana sini, pada masa yang sama ramai juga penduduk yang bermain bunga api pada malam tersebut, seolah-olah kampung tersebut diserang dan dibakar
Maka askar-askar pun balik memandangkan perkampungan tersebut macam dah terbakar teruk 😅

Sejarah, Bahasa, semua ini bosan SEKIRANYA cikgunya bosan
kalau rasa cara laoshi menarik, jom belajar Asas Mandarin dengan laoshi 🤓
Chinese Valentine’s Day

Baik. Tadi dongengnya, sekarang untuk Chinese Valentine’s Day pula.
Dalam masyarakat cina ada TIGA Chinese Valentine’s Day, iaitu:
1. 15haribulan 1 (Chap Goh Meh);
2. 3haribulan 3; dan
3. 7haribulan 7 (paling famous dan diraikan).
Ketiga-tiga tarikh di atas adalah merujuk kepada tarikh dalam Kalender Cina (Lunar Calender).

Jadi untuk perayaan malam ini, akan ada tradisi di mana perempuan cina akan baling oren ke dalam sungai atau air dengan harapan lelaki yang diminati akan mengutipnya dan dapat menghubungi perempuan tersebut.
Ada yang masukkan alamat, nama, ada yang masukkan nombor telefon (moden).
Kalau ikut tradisi, perempuan baling limau mandarin, lelaki yang akan kutip.
Kalau ada nampak lelaki yang baling limau mandarin tu, hati-hati lah ye.

Kesimpulan
Ada beberapa perkara yang anda boleh ucapkan kepada kawan-kawan cina anda mengikut situasi. Ini akan menambah lagi keakraban anda dengan kawan anda:
1. Sekiranya kawan anda single, yang lelaki boleh nasihatkan dia “weyh jangan lupa pergi kaut banyak sikit buah limau nanti“, yang perempuan boleh nasihat “jangan kedekut sangat, baling banyak sikit limau tu” ;
2. Anda boleh ucapkan selamat Chap Goh Meh kepada kawan anda; dan
3. Kalau nak ambil peluang, boleh borong marker pen banyak-banyak, malam Chap Goh Meh nanti boleh cuba jual di tepi sungai atau tepi tasik. Nanti ramai amoi yang nak baling limau akan beli dari anda jk jk.
Suka artikel laoshi ini? Klik “Nak Belajar Free Dahulu Laoshi” untuk dapatkan update Artikel sebegini terus ke Telegram anda
Atau nak belajar Mandarin dalam format video, boleh klik “Nak Belajar Mandarin Dengan Laoshi”🤓
Jom Baca Artikel Lain Dari Laoshi