Home | Penulisan Laoshi | Boleh Ke Belajar Perkataan Cina Menggunakan Gambar?

Jika anda rasa cara merujuk perkataan Cina dengan menggunakan illustrasi di atas ini ialah sesuatu yang bijak dan memudahkan, anda WAJIB baca penulisan laoshi ini.

Walaupun anda tidak pernah hadir ke mana-mana kelas Mandarin, atau mungkin sekiranya anda imbau kembali suatu masa dahulu sebelum anda mula belajar Mandarin, pasti anda pernah dinasihatkan oleh seseorang bahawa:

“Jangan risau, Mandarin ni mudah. Perkataan Cina tu MENGAMBARKAN maksud perkataan tersebut”

Sekiranya mereka yang menasihati anda ini tahu betapa anda akan menghadapi lebih banyak kekeliruan selepas anda ketahui maklumat ini, nescaya mereka tidak akan mengatakan sedemikian.

 

Adakah Betul Perkataan Mandarin Itu Semua Mengambarkan Maksud Perkataan Tersebut?

 

Perkataan Cina Asas dan Illustrasi yang cuba “diasimilasikan” berdasarkan maksud perkataan – cara pembelajaran inovatif yang diketengahkan oleh Teacher Shaolan dari Chineasy sering menjadi tumpuan ramai pelajar pemula (beginners) dalam perjalanan mengenal perkataan Cina.

[toc]

Perkataan Cina ≠ Gambar

Perkataan Cina itu BUKAN Gambar

Sering dijadikan perbincangan dalam kelas asas Mandarin, pasti ada sesi-sesi penyamaan gambar kepada maksud perkataan cina bersama dengan perkataan cina itu sendiri bila topik mengenai Perkataan Cina timbul dalam kelas.

Tetapi, perkataan cina itu BUKAN gambar.

Kenapa? sebab ianya perkataan. Asalnya usul (etimologi) kepada SEBAHAGIAN perkataan cina MEMANG ADA yang berasal dari lukisan/gambar, tetapi PERKATAAN TETAP PERKATAAN.

Jadi, sekiranya Perkataan Cina itu bukan gambar, apakah itu Perkataan Cina?

Perkataan Cina itu apa?!

Perkataan Cina itu apa?!

Berbeza dengan Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain yang menggunakan huruf (alphabet), Perkataan Cina, atau 汉字 (hàn zì) menggunakan tulisan LOGOGRAM, contoh 水 yang laoshi berikan di atas. Maksudnya “AIR” itu diwakilkan dengan Logo .

Logogram Perkataan Cina ini terbahagi kepada ENAM jenis (perhatian: tidak penting untuk dihafal, cukup sekadar fahamkan dan hadam):

  1. Piktograf 象形
  2. Ideograf 指事
  3. Kompaun Ideograf 会意
  4. Kompaun Fonetik-Simantik 形声
  5. Pindahan 转注;dan (tidak akan dibincangkan)
  6. Pinjaman 假借 (tidak akan dibincangkan)

  

Di sini laoshi perlu tekankan bahawa kita tidak akan membincangkan bahagian 5 dan 6 kerana tatabahasa bagi bahagian 5 dan 6 terlalu kompleks dan bilangan perkataan dalam bahagian tersebut terlampau kecil/terpencil.

Bagi memudahkan pemahaman kepada jenis-jenis perkataan cina, laoshi simpulkan kepada diagram di bawah:

Perkataan Cina itu bukanlah gambar, tetapi ianya umpama satu LOGO kepada sesuatu perkara yang ingin disampaikan. Dan bila di tahap yang seterusnya, LOGO ini semakin dikembangkan dan digabungkan untuk menjadi perkataan-perkataan lain.

Jadi, apa salahnya belajar Perkataan Cina yang dalam bentuk LOGO ini dengan menggunakan gambar?

Baik, sebelum kita masuk ke perbincangan tentang permasalahan belajar menggunakan gambar, mari kita bincangkan kebaikannya dahulu.

KEBAIKAN

Kebaikan 

Kebaikan 1

Memudahkan Pemahaman Keseluruhan Perkataan

Tidak dinafikan, kebaikan mempelajari Mandarin menggunakan gambar ialah dapat memudahkan pemahaman keseluruhan perkataan memandangkan rujukan Hanzi (perkataan cina itu sendiri) bersama gambar dapat memberikan gambaran kepada maksud perkataan tersebut.

Seperti contoh yang laoshi gunakan di atas – contoh dari Piktograf (木 kayu, 心 hati, 山 bukit) dan Ideograf (satu, dua, atas, bawah, tengah)

Laoshi tambah lagi beberapa contoh di bawah untuk kita gunakan sebagai rujukan kepada point laoshi yang seterusnya.

Kesemua illustrasi di atas sedikit sebanyak akan membuat kita rasa “eh mudahnya nak faham perkataan Mandarin ni”. Tetapi, sebaliknya, terdapat lebih banyak keburukan sekiranya anda telah terbiasa menggunakan cara ini untuk pelajari perkataan cina

Kebaikan 2

Memudahkan Pemahaman Komponen Dalam Kompaun Ideograf

Illustrasi dapat memudahkan pemahaman komponen dalam perkataan yang tergolong dalam Kompaun Ideograf. Perkataan Kompaun Ideaograf terdiri daripada gabungan beberapa komponen – Fonetik, Semantik (Radikal) atau/dan Komponen Tunggal. Pemahaman maksud komponen sedikit sebanyak dapat membantu ingatan anda dalam mengenal sesetengah perkataan. Contohnya perkataan rehat – 休:

 

Cara ini bagus untuk pelajar pemula (beginner) dan ianya digalakkan bagi memudahkan pemahaman dan hafalan

 

Kebaikan 3

Membantu Membina Gambaran Mental Bagi Perkataan Cina Yang Tidak Membawa Maksud Komponen Ke Maksud Perkataan Secara Keseluruhan

Maaf laoshi terpaksa kunci penjelasan Kebaikan 3 kerana selepas survey, laoshi dan team dapati penjelasan kepada Kebaikan 3 ini memerlukan pembaca untuk mengetahui Asas Komponen Perkataan Cina dengan lebih lanjut untuk memahami point ini. Laoshi sangat sarankan anda untuk sertai 2547 pelajar berdaftar lain yang serius mempelajari Asas Mandarin dengan fleksible bersama laoshi di Online Platform laoshi.

Keburukan 4

Sebahagian Illustrasi Komponen Dalam Perkataan Tidak Mencerminkan Maksud Sebenar Komponen 

Ini adalah masalah KEDUA paling besar berbanding Keburukan 1 dan Keburukan 2.

Apabila illustrasi yang digunakan tidak mencerminkan maksud, pemahaman anda akan terkesan. Pelajar yang belajar menggunakan gambar yang salah akan, secara tidak sedar, mempelajari maksud radikal atau/dan fonetik yang salah.

Dalam jangka masa panjang, perkara ini bukan sahaja belajar maksud komponen yang salah, bahkan ianya akan mengelirukan komponen asas yang anda telah pelajari.

Mari laoshi berikan contoh di bawah:

吃 ialah “Makan”. Tetapi, walaupun perkataan “Makan” ini berjaya di-asimilasi-kan ke dalam gambar secara keseluruhan, masalah timbul apabila komponen 口 dan 乞 digambarkan sebagai Aiskrim dan Muka sedangkan 口 ialah Mulut dan 乞 ialah Begging (merayu / meminta sedekah)

仪式 ialah “Ritual” atau “Upacara”. Jika dilihat kepada perkataan 仪, komponen 亻yang bermaksud “Orang” digambarkan menggunakan Tombak / Lembing manakala komponen 义 yang bermaksud “Makna” atau “Keadilan” digambarkan dengan illustrasi orang. Sungguh Mengelirukan!

Oleh itu, sekiranya seseorang pelajar itu ingin belajar Mandarin menggunakan teknik ini, maka timbulnya keperluan untuk memastikan illustrasi yang digunakan betul-betul mencerminkan maksud setiap komponen dalam perkataan.

Perjalanan Belajar Mandarin itu menjadi perjalanan yang sunyi kerana anda yang memilih untuk belajar berseorangan.

Kenapa belajar sendiri bila anda boleh belajar bersama 2547 pelajar lain? Klik “Daftar Sekarang”🤓

KEBURUKAN

Keburukan 

Keburukan 1

Logik Gambar Hanya Membantu 5%-9% Daripada Keseluruhan Perkataan Cina 

PIktograf dan Ideograf hanya merangkumi 5%-9% daripada keseluruhan perkataan cina yang terdapat di dunia. Maksudnya dari 20,000 perkataan cina hanya lebih kurang 1000 perkataan yang boleh difahamkan menerusi Piktograf dan Ideograf.

Ini mencerminkan kelemahan utama pembelajaran menggunakan gambar – hanya dapat membantu 9% (maksimum) daripada pembelajaran perkataan cina anda.

Keburukan 2

Bukan Semua Perkataan Cina Tahap Asas Tergolong Dalam Ideograf & Piktograf (5%-9%) 

Bukan kesemua perkataan dari Piktograf dan Ideograf ialah perkataan dari tahap pembelajaran Asas, ada yang tahap Asas, seperti 木, 一, 二, 三, dan ada yang terlampau advance seperti 姦, 闆, 奻 dan 犬.

Maksudnya menerusi pembelajaran modul yang berasaskan illustrasi ini, ada perkataan yang anda belajar menggunakan gambar, ada perkataan yang anda masih perlu belajar tanpa boleh mengharapkan bantuan dari illustrasi, tidak kira di tahap asas, intermediate dan advance.

Keburukan 3

Kurang Keseragaman Dalam Cara Memahami Perkataan Cina & Cara Belajar Yang Sentiasa Merujuk Perkataan Yang Bukan Dalam Tahap Pembelajaran Yang Sama

Pembelajaran anda, khususnya untuk pelajar pemula (beginner) akan menjadi cacamarba dan tidak seragam kerana apabila anda merujuk kepada illustrasi sesuatu komponen atau perkataan, anda akan disajikan dengan contoh-contoh perkataan lain dari peringkat Intermediate dan Advance, yang mungkin anda tidak akan pernah gunakan langsung dalam hidup anda.

Percayalah, ada perkataan yang laoshi jumpa dalam senarai illustrasi yang laoshi memang tak pernah gunakan langsung memandangkan ianya terlampau kuno atau terlampau jarang digunakan oleh masyarakat.

Contohnya dalam illustrasi di atas, perkataan yang mempunyai komponen yang sama dengan perkataan Asas (火 – Api; 山 – Bukit) disajikan kepada pembaca tanpa mengambil kira sama ada perkataan yang disertakan itu untuk tahap yang terlampau advance ataupun perkataan yang terlampau kuno.

Keburukan 5

Perkataan Yang Digunakan Dalam Illustrasi Bercampur Antara Simplified & Traditional) 

Ini masalah KETIGA paling besar kerana pelajar pemula (beginner) akan semakin keliru.

Dalam illustrasi-illustrasi yang laoshi berikan di atas, dan juga lain lain illustrasi yang dikongsikan oleh penulis mahupun pengajar di luar sana, ada yang menggunakan Traditional Chinese semata-mata untuk memudahkan illustrasi perkataan.

Sedangkan pelajar pemula sepatutnya fokus pembelajarannya menggunakan Simplified Chinese sahaja (melainkan anda berhasrat ke Hong Kong atau Taiwan, atau mungkin juga sekiranya anda ingin mempelajari Cantonese, yang menggunakan Traditional Chinese).

Contohnya perkataan Simplified Chinese Pintu (门) digambarkan menggunakan Traditional Chinese (門).

Jadi apa gunanya sekiranya anda dalam fasa pembelajaran menggunakan Simplified Chinese tetapi tiba-tiba anda membebankan diri anda dengan mempelajari perkataan cina dalam bentuk Traditional Chinese. 

Bukan itu sahaja, anda membiarkan diri anda terdedah kepada kecenderungan untuk memperingati perkataan berbentuk Traditional Chinese (contohnya 門) itu daripada Simplified Chinese (contohnya 门) memandangkan 門 itu di-asimilasi-kan dalam gambar/illustrasi yang anda pelajari.

Makin belajar, makin keliru!

Belajar Mandarin menjadi susah SEKIRANYA anda diajar dengan perkara yang mengelirukan dan membebankan pemahaman anda😅

Mari laoshi ajarkan cara tepat, berkesan dan tidak membebankan 🤓

Keburukan 6

Kecenderungan Untuk Menggunakan Perkataan Cina Yang Native Speaker Sendiri Tidak Gunakan 

Masalah PALING BESAR akan timbul apabila pelajar pemula (beginner) mula menggunakan perkataan advance untuk menggambarkan sesuatu perkara sedangkan perkataan paling asas bagi perkara tersebut 100% berlainan dari apa yang dipelajari.

Contohnya 犬 ialah anjing, tetapi 狗 ialah anjing

Mengikut illustrasi, 犬 kelihatan lebih mudah ditulis berbanding dengan 狗. TETAPI tahukah anda, kita tidak memanggil anjing dengan 犬 melainkan ianya anjing khas seperti Anjing Polis (警犬) Anjing Pengesan Dadah (缉毒犬), Anjing Terrier (梗犬) (sejenis baka anjing) dan lain-lain, sedangkan untuk anjing, biasanya kita akan gunakan 狗 dan jarang sekali kita gunakan 犬.

Untuk memudahkan lagi penjelasan mengenai perbezaan 犬 dan 狗, laoshi meminta izin menjelaskannya dalam Bahasa Inggeris – 狗 ialah Dog, manakala 犬 ialah Hound. Maka, sekiranya anda pelajar pemula Bahasa Inggeris, adakah anda patut lebih cenderung menggunakan Hound atau Dog?

Contoh lain ialah 木 yang digambarkan sebagai sebatang pokok dan diberi maskud sebagai “Tree” sedangkan perkataan sebenar pokok ialah 树. 

木 yang sebenarnya membawa maksud Kayu, atau Wood ini kini merisaukan pihak pengajar kerana terlampau jarang pelajar pemula menggunakan perkataan 木 secara solo tanpa digandingkan dengan perkataan lain untuk membentuk suatu frasa.

Contohnya 木板 yang membawa maksud papan kayu, atau 树木 yang bermaksud pokok-pokok.

Bukan sahaja anda belajar maksud yang tidak betul terjemahannya, perkataan itu sendiri jarang orang gunakan secara solo. Bukankah ianya menyusahkan anda untuk tambah lagi masa pembelajaran anda dengan perkara yang membebankan ini?

Keburukan 7

Kebergantungan Terhadap Gambar/Illustrasi Dalam Pembelajaran

Bukan sahaja akan wujudnya kebergantungan anda terhadap illustrasi setiap kali anda mahu mempelajari perkataan baru, anda akan, secara separa sedar, akan tertanya-tanya kaitan dan fungsi setiap Stroke dengan maksud perkataan.

(Sekiranya anda tidak ketahui apakah itu Stroke, boleh rujuk penjelasan laoshi mengenai Stroke di sini dan kenapa anda tidak patut menghafal nama Stroke <<< Klik di tulisan yang bergaris dan berwarna merah ini) 

Selain itu, apabila perkataan baru yang anda ingin pelajari tidak mempunyai illustrasi/gambaran seperti Piktograf atau Ideograf, akan timbul kemungkinan di mana anda akan mengabung-gabungkan illustrasi yang anda pelajari sebelum ini dari Piktograf atau Ideograf, dan kemudiannya menimbulkan salah faham dalam memahami maksud perkataan, lagi-lagi bila anda tidak merujuk kepada tenaga pengajar yang boleh memantau dan membetulkan penggunaan illustrasi yang anda gunakan

Untuk memudahkan penjelasan, sebagai contoh, kita sedia maklum terdapat Al-Quran dengan Tajwid Berwarna di pasaran yang memudahkan pembaca mengetahui tajwid dan terutamanya bacaan mad (berapa harakat) menerusi indikator warna tulisan. 

Di sini laoshi perlu tegaskan bahawa laoshi bukan mahu mengecam penggunaan Al-Quran versi ini, tetapi laoshi ingin menggunakan contoh sedia ada yang lebih dekat dengan masyarakat kita.

Kembali kepada penjelasan, sekiranya pembaca terus mulakan pembelajaran dengan mengharapkan warna-warna tulisan sebagai rujukan bacaan, pembaca tersebut akan menghadapi sedikit kesusahan mengenal pasti bacaan apabila diberikan Quran yang tiada warna (hitam putih).

Bandingkan pula dengan perkataan cina dan illustrasi-illustrasi bergambar, sekurang-kurangnya Al-Quran itu seragam dan ianya satu kitab standard yang dibaca oleh kita.

Perkataan Cina? Bolehkah setiap perkataan di buku teks atau dalam latihan atau karangan yang anda sendiri mahu tulis diletakkan illustrasi bergambar? Mustahil! Bahkan keseluruhan buku teks akan jadi haru biru kerana akan penuh dengan illustrasi-illustrasi yang memeningkan pembaca.

Contohnya gambar di atas, bukan sahaja perkataan-perkataan yang ditukar tidak mempunyai standard yang seragam, illustrasi yang ada sehingga kini masih tidak dapat menukarkan kesemua perkataan menjadi dalam bentuk gambar.

Kenapa? Mudah. Kerana seperti yang laoshi ceritakan, Piktograf dan Ideograf hanya meliputi 5% sehingga 9% keseluruhan perkataan cina yang wujud. Jadi mustahil untuk tukarkan SEMUA dalam bentuk gambar.

Keburukan 8

Gambar/Illustrasi Dari Pelbagai Creator / Cikgu Yang Berbeza

Penggunaan gambaran/illustrasi yang tidak konsisten antara pengajar yang berbeza akan menjadikan pembelajaran lebih mengelirukan, lagi-lagi apabila setiap komponen dalam perkataan tidak mencerminkan maksud yang betul (Rujuk Keburukan 8). Contohnya:

Jadi nak guna yang mana satu?

Kesimpulan

KESIMPULAN

Sejujurnya masih ramai yang bertanggapan bagus untuk belajar menggunakan gambar, dan laoshi juga tidak menafikannya. Namun, selepas mengkaji secara menyeluruh dari tahap asas sehingga fasih, bersama-sama penulisan yang mengetengahkan 8 Keburukan vs 3 Kebaikkan kepada cara pembelajaran ini, laoshi simpulkan cara ini kepada EMPAT perkara:

1.

Jangan Jadikan Cara Pembelajaran Ini Cara Utama Anda Mengenal Perkataan Cina

Cara pembelajaran menggunakan gambar patut HANYA DIJADIKAN CARA SAMPINGAN untuk mengenal perkataan cina, bahkan anda PATUT TINGGALKANNYA SECEPAT MUNGKIN sebelum anda bergerak dari tahap Asas ke Intermediate.

Maksudnya, boleh dijadikan cara untuk belajar secara suka-suka, dan bukan untuk dirujuk secara serius. Bak kata penulis utama Ms Hsueh dari Chineasy:

“If you spend just five minutes on this a day, in a year you will have the knowledge of an eight-year-old Chinese child 

Bayangkan anda menggunakan masa sehingga setahun tetapi masih di takuk kanak-kanak berusia lapan tahun. Bagi pelajar dewasa, anda tidak perlu bazirkan masa sebegini lama untuk mencapai tahap yang disebutkan.

2.

Ingin Menggunakan Cara Ini Dengan Serius? Rujuk dan Personalize!

Dapatkan rujukan dan bina gambaran mental sendiri (Kebaikkan 3) yang memerlukan anda merujuk kepada tenaga pengajar yang sudah fasih dan dapat membimbing anda untuk mengenal pasti sama ada gambar yang digunakan mencerminkan maksud kepada setiap komponen dalam satu-satu perkataan.

3.

Konsisten Dalam Pembelajaran Dan Pastikan Anda Mengenal Pasti Semua Komponen Dengan Seragam

Disiplin dalam mengenal pasti maksud komponen dalam perkataan dan gunakan gambaran yang sama secara konsisten dalam sebanyak perkataan yang anda pelajari ialah satu-satunya cara untuk mempercepatkan kelajuan pembelajaran anda dalam mengenal perkataan.

Contoh menggunakan gambaran 口 untuk komponen ”mulut“ yang sama dalam semua perkataan.

4.

Jangan Terburu-buru Untuk Mencapai Tahap Fasih Dalam Pembelajaran Bahasa Sehingga Menggunakan Jalan Pintas

Walaupun “Work Smart & Work Hard” menjadi kunci kepada pembelajaran yang berkesan, pastikan anda tidak terjerat dengan jalan pintas yang mengelirukan anda kemudian hari. Ada PERBEZAAN BESAR antara Jalan Pintas dan Teknik Belajar Berkesan.

Betul setiap dari kita mempunyai cara belajar yang berbeza – ada yang lebih mudah faham dengan mendengar, ada yang lebih cepat tangkap dengan gambar/illustrasi.

Namun begitu, cara yang membawa anda ke arah yang lebih mengelirukan HARUS DIJAUHI melainkan anda sedar yang anda berada dalam keadaan tersebut.

Tetapi tidak kira apa cara pembelajaran, hati-hati dengan cara yang menjanjikan kefasihan dengan jangka masa yang tidak masuk akal.

Di Mandarinjer, selain menggunakan Teknik Yang Berkesan, laoshi tidak menjanjikan anda terus mencapai tahap kefasihan dengan CEPAT kerana laoshi percaya setiap 2547 pelajar dewasa yang berada dalam platform laoshi ada pace sendiri dalam pembelajaran, Jadi, mereka diberi platform untuk diakses dan belajar bila-bila masa 24jam setiap hari tanpa perlu membayar yuran berkali-kali (hanya perlu bayar sekali sahaja waktu daftar).

Kerana, apa yang anda dapat dengan cepat, akan hilang dengan cepat. Ayuh ambil masa dalam belajar bersama-sama.

Belajar Mandarin bukan seperti belajar logik matematik, kefasihan yang ingin dicapai memerlukan masa.

Masa diperlukan pun dah lama, bayangkan kalau anda keliru dalam pembelajaran! 

Mari laoshi ajarkan cara tepat, berkesan dan tidak membebankan 🤓

Jom Baca Artikel Lain Dari Laoshi