Home | Penulisan Laoshi | Belajar Mandarin Menggunakan Lagu Dengan Berkesan

Belajar Mandarin menerusi lagu itu bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi pengajar mahupun pelajar. Bukan sahaja ianya dapat membantu mengisi masa lapang anda dengan belajar sambil berhibur, nyanyian juga datang bersama emosi kepada sarikata lagu tersebut justeru membantu memberikan gambaran emosi yang bersesuaian kepada pendengar mengikut kosa kata yang dinyanyikan. 

Akan tetapi, untuk pihak pendengar/pelajar, bagaimanakah dapat anda meningkatkan keberkesanan mempelajari Mandarin menerusi lagu?

Oleh Itu, mari laoshi kongsikan Tips Penting yang anda boleh amalkan untuk Belajar Mandarin Menerusi Lagu.

 

Menyanyi – 
Cara yang Menghiburkan dan Berkesan dalam Mempelajari Mandarin

 

[toc]

Elak Lagu Dialect

Tips 1

Elak Lagu Dialect

Bukan sahaja ianya tidak membantu dalam penambahan kosa kata, lagu dialect akan membuatkan anda sangat-sangat keliru sekitanya anda cuba mempelajari liriknya.

Bukan itu sahaja, dialect seperti Cantonese dan Hakka menggunakan Traditional Chinese. Mengkaji liriknya bermakna anda akan membazir lebih banyak masa!

Hakka menggunakan Traditional Chinese dalam penulisannya. Lampiran ini ialah dari buku "Hakka for Beginners" dari Peter Chong

Akhirnya, hafalan lagu dialect anda hanya akan menjadi sekadar hafalan bunyi dan tidak dapat membantu anda dalam process pembelajaran.

Tak tahu nak tanya siapa? Tanya lah laoshi 🤓 Laoshi ada di Telegram Group Chat ini, komen ja soalan anda👍.

Pemilihan Penyanyi  

Tips 2

Pilih Penyanyi Yang Bersesuaian

Pilihan penyanyi ini bukan bermaksud anda tidak dibenarkan langsung untuk mendengar lagu dari penyanyi yang laoshi minta elakkan ini.

Cumanya, penyanyi seperti Jay Chou terkenal dengan nyanyian beliau yang bersahaja, tidak menyanyikan lirik dengan sebutan yang tepat dan banyak memasukkan genre Rap dalam lagu-lagu beliau.

Bukan bermaksud lagu-lagu beliau tidak bagus, tetapi sekiranya anda menjadikan lagu tersebut rujukan dan bahan pembelajaran, anda akan perlu meluangkan lebih banyak masa dan tenaga untuk mencari cara sebutan betul.

Proses asal untuk mencari maksud lirik lagu pun dah memakan tenaga dan masa, apatah lagi anda perlu mencari cara sebutan.

Kenapa susahkan diri dengan lagu dan penyanyi yang kurang sesuai. Sekiranya anda memilih penyanyi yang sebutan dan lantunan suaranya lebih jelas, proses pembelajaran anda akan menjadi mudah berkali-kali ganda.

bukan untuk menidakkan lagu-lagu beliau, bahkan Jay Chou merupakan idola laoshi juga, lagi-lagi lagu genre romantis atau berkenaan dengan putus cinta 😅

Utamakan Lagu Terjemahan

Tips 3

Berikan Keutamaan Kepada Lagu Terjemahan Yang Anda Sudah Hafal

Proses pembelajaran menerusi lagu semestinya akan melibatkan banyak usaha dari segi daya ingatan. Bukan sahaja anda perlu menghafal liriknya, bahkan maksud/terjemahan juga perlu diberi perhatian.

Oleh itu, salah satu cara yang dapat memudahkan pembelajaran cara ini ialah dengan mengutamakan lagu-lagu terjemahan (versi Mandarin) yang anda telahpun hafal lirik asalnya.

Contoh:
D
aripada anda memilih Pilihan Pertama:
Lagu yang asalnya Mandarin,
seterusnya anda menghafal lirik lagu cina,
dan kemudiannya perlu menghafal/memahami maksud lirik dalam BM/BI;

Lebih mudah untuk anda mempelajari Pilihan Kedua:
Lagu yang asalnya lagu BM/BI
yang anda TELAH HAFAL
yang mempunyai versi Mandarin,
di mana anda hanya perlu menghafal lirik Mandarin sahaja
.

Daripada Dua Kali Hafal (Pilihan Pertama) anda hanya perlu Sekali Hafal dengan Pilihan Kedua.

 

Salah satu contoh yang laoshi boleh berikan untuk belajar menerusi Pilihan Kedua ialah dengan memilih lagu di atas ini – Lagu Asalnya dari Nabila Razali – Peluang Kedua, tetapi telah “Di-Mandarinkan” oleh Meer Nash dan dijadikan lagu yang lirik terjemahannya sama maksud dengan lirik asal lagu.

Ketahui Kesemua Maksud Lirik 

Tips 4

Kenal Pasti Kesemua Maksud Lirik Dalam Lagu

Pastikan anda kenal pasti kesemua maksud perkataan dalam lirik lagu supaya anda tidak mengsia-siakan hafalan lagu.

Selain dari memastikan anda tidak terlepas apa-apa emosi dan hint dari penulis/penyanyi ingin sampaikan menerusi lagu tersebut, pemahaman kepada keseluruhan lagu dapat membantu anda mendalami emosi lagu, dan juga dapat menambah kosa kata anda.

Enjoy! 

Tips 5

Enjoy!

Perkara yang selalu kita terlepas pandang bila belajar menerusi lagu ialah bila kita lupa untuk menikmati dan menghayati lagu yang dipelajari dan bukan menganggapnya sebagai kerja rumah yang stress.

Walhal, persepsi paling sukar untuk dibasuh dari kebanyakkan pelajar ialah tanggapan bahawa:

“Belajar Mandarin itu adalah semasa dalam Kelas Mandarin” 

Bagi anda yang membaca Tips terakhir ini, tahukah anda bahawa anda sebenarnya sedang belajar Mandarin di luar bilik darjah/waktu belajar. Secara tidak sedar anda telah menambah ilmu tentang Mandarin di luar kelas.

Mencari cara untuk belajar di luar waktu kelas, contohnya membaca surat khabar, mendengar radio, menonton Cdrama, menghafal lagu dan lain-lain seringkali menjadi aktiviti solo yang sunyi.

Tetapi, ANDA TIDAK KESEORANGAN! Tahukah anda, seramai 2547 pelajar yang lain juga tercari-cari cara belajar luar bilik darjah dan mereka menemui satu sama lain dalam online platform laoshi. Dengan adanya online platform, mereka semua dapat berbincang dan mengajukan soalan dalam Telegram Group laoshi.

Perjalanan Belajar Mandarin itu menjadi perjalanan yang sunyi kerana anda yang memilih untuk belajar berseorangan.

Kenapa belajar sendiri bila anda boleh belajar bersama 2547 pelajar lain? Klik “Daftar Sekarang”🤓

Jom Baca Artikel Lain Dari Laoshi