Bila bercakap tentang Mandarin, Laoshi selalu dapat reaksi seperti :

“Susahnya nak sebut perkataan Cina”

“Lidah saya dah keras laoshi saya dah tua”

“Perlu ke belajar tulisan Cina untuk setiap perkataan?”

“Mandarin terlalu sukar untuk saya!”

Tahukan anda, tanggapan di atas adalah SALAH SAMA SEKALI, lagi-lagi kerana ianya disebarkan oleh orang yang putus asa selepas cuba belajar Mandarin.

Hasilnya, kebanyakan orang yang Laoshi temui berpendapat bahawa hampir mustahil untuk belajar Bahasa Cina dan hanya orang yang luar biasa dalam bahasa sahaja yang mampu melakukannya. Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.

Semuanya bergantung pada perspektif dan sikap anda, dan itulah yang akan Laoshi bincangkan dalam penulisan kali ini

Perkara Yang Membuatkan Mandarin Mudah 

Berikut Merupakan Beberapa Perkara Yang Menjadikan Pembelajaran Mandarin  Lebih Mudah

1. Tiada Tatabahasa / Grammar

Perkataan-perkataan dalam bahasa Cina tidak berubah mengikut fungsi.

Setiap satu perkataan ditulis dengan cara yang sama, sama ada ia sebagai subjek frasa atau objek. Fungsi mana-mana perkataan dalam ayat, secara amnya kelihatan serupa.

2.  Cara Susunan Ayat Yang Fleksible

Bagi orang bukan Melayu contohnya, bahagian yang sukar dalam Bahasa Melayu adalah kerana wujudnya kata adjektif, kata sifat, kata kerja, dan imbuhan dalam membuat sesuatu ayat. Dalam bahasa Cina, tidak jelas apa yang merupakan kata sifat dan apa yang merupakan kata kerja, kerana ia bergabung dan mengapung di antara satu sama lain. Ini secara amnya membuatnya lebih mudah untuk difahami dan juga lebih mudah untuk meneka cara menggunakannya.

3. Partikel berbanding Infleksi 

Tidak tepat untuk menyatakan bahawa bahasa Cina sepenuhnya bebas dari infleksi (seperti “rain-ed” atau “fox-es”), partikel digunakan untuk mewakili perkara-perkara tersebut. Sebuah partikel mungkin menunjukkan bahawa sesuatu tindakan telah selesai atau bahawa terdapat koleksi sesuatu, tetapi partikel-partikel ini selalu sama dan tidak bergantung pada perkataan sebelumnya

Partikel: Contoh dalam Bahasa Melayu Partikel ialah kata tugas seperti kah, lah, pun dll, manakala dalam English, perkataan Particle seperti in, off, up, by, along, down, forward, under. Yang mana ia digunakan untuk sebagai sebahagian dari tatabahasa atau grammar.

Infleksi: Atau dalam Bahasa Inggerisnya inflection adalah imbuhan di akhir perkataan seperti ‘ed’ ‘s’ ‘ing’ dll

4. Tiada jantina

Kebanyakan orang yang belajar bahasa di mana jantina adalah penting akan merungut tentangnya. Bahasa Jerman mempunyai tiga jenis jantina yang perlu anda pelajari, bahasa Sweden dan Perancis mempunyai dua, dan hanya ada sedikit peraturan untuk membantu anda di sini! Dalam Mandarin, anda tidak perlu risau kerana tidak ada konsep jantina tatabahasa.

5. Tiada Konsep Masa

Bahasa Mandarin tidak membezakan antara semalam, hari ini dan esok dengan cara yang sama seperti dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakannya, ia hanya diindikasikan oleh kata yang menerangkan bila sesuatu berlaku, bukan dengan mengubah struktur ayat. Kata kerja tidak berubah bentuk berdasarkan masa apabila ia berlaku.

6. Penggunaan Nombor yang kemas

Kadang-kadang bahasa Cina sangat berasaskan logik. Contohnya,  Isnin adalah “minggu satu”, Selasa adalah “minggu dua”, Rabu adalah “minggu tiga”, dan seterusnya. Begitu juga dengan bulan-bulan! Nombor 1 adalah “satu”, 11 adalah “sepuluh, satu”, 99 adalah “sembilan sepuluh, sembilan”, 945 adalah “sembilan ratus, empat sepuluh, lima”.

7. Penciptaan karakter Berasaskan logik 

Tulisan Cina bukanlah tulisan contengan, terdapat sebab di sebalik simbol-simbol misteri dan indah ini. Biasanya, ini mungkin tidak cukup untuk membuat anda meneka apa maksudnya, tetapi ia adalah alat yang kuat untuk membantu anda mengingatnya.

8. Penciptaan Perkataan Berasaskan logik

Perkataan Cina biasanya ialah daripada karakter yang disatukan, Dalam satu karakter boleh mengandungi banyak makna. Penciptaan perkataan tersebut seolah-olah sangat jelas dan sekurang-kurangnya mudah untuk difahami oleh pelajar. Contohnya kereta api adalah “kenderaan api”, stesen kereta api adalah “stesen kenderaan api”. Kadang-kadang jika kita lihat sesetengah perkataan gabungan secara kasar kita dapat langsung meneka maksudnya!

9. Susunan kata yang mudah

Struktur ayat dalam Mandarin mudah untuk dipelajari, walaupun terdapat pengecualian, biasanya ada formula mudah yang boleh diikuti dan jika struktur ayat tersebut tidak betul sepenuhnya pun, paling kurang ia dapat difahami.

Belajar Mandarin Sebenarnya Mudah Saja

Setiap bahasa mempunyai ciri-ciri uniknya yang mungkin dianggap sukar atau memeningkan dalam aspek tertentu, tetapi Laoshi percaya bahawa meletakkan fokus anda terhadap masalah-masalah ini adalah tidak produktif dalam pembelajaran bahasa.

Jika anda ingin mempelajari sesuatu, anda perlu menjadi kawan baik dengan apa yang anda ingin pelajari tersebut, jangan anggap ia sebagai musuh yang tak terkalahkan!

Laoshi tak nafikan bahawa mempelajari Mandarin mempunyai cabaran-cabaran unik yang sukar untuk diatasi, tetapi cubalah melihatnya sebagai sesuatu yang menarik dan mengujakan, bukan sebagai sesuatu yang sukar atau, lebih teruk lagi, mustahil. 

TIDAK MUSTAHIL UNTUK ANDA BELAJAR MANDARIN

Pembelajaran mana-mana bahasa yang tidak berkaitan dengan bahasa ibunda kita memang akan mengambil masa yang lama, terutamanya jika anda merancang untuk belajar ke tahap yang tinggi.

Belajar membaca dan menulis dalam Bahasa Cina memerlukan masa yang lebih lama daripada belajar bercakap, TETAPI, bukan bermakna ia tidak dapat dilakukan.

Jika anda berpendapat bahawa mustahil untuk belajar Bahasa Cina hingga tahap di mana anda boleh berbual bebas dengan orang Cina, anda salah! 

Ramai yang mula belajar Mandarin dengan hanya bercakap terlebih dahulu kerana perlu berkomunikasi dengan orang Cina dalam kehidupan harian. 

Boleh saja anda nak mula dengan belajar bercakap terlebih dahulu berbanding menulis perkataan. Tetapi sebaiknya belajarlah kesemua aspek termasuk dari segi percakapan dan penulisan supaya anda dapat pergi lebih jauh!

Perjalanan Belajar Mandarin itu menjadi perjalanan yang sunyi kerana anda yang memilih untuk belajar berseorangan.

Kenapa belajar sendiri bila anda boleh belajar bersama 2547 pelajar lain? Klik “Daftar Sekarang”🤓