
Pepatah Cina ada mengatakan:
千里之行始于足下
yang bermaksud:
Perjalanan Beribu Batu Bermula Dari Langkah Pertama
Walaupun pepatah di atas menekankan kepentingan memulakan sesuatu dengan secepat/semudah mungkin, tidak kurang penting juga untuk kita memastikan Langkah Pertama kita efektif dan di hala tuju yang betul supaya Perjalanan Beribu Batu kita tidak terpesong dan melambatkan kita untuk sampai ke destinasi. Oleh Itu, mari laoshi kongsikan 5 Tips Penting yang anda perlu tahu sebelum memulakan pembelajaran Asas Mandarin anda.
千里之行始于足下
Perjalanan Beribu Batu Bermula Dari
Langkah Pertama
Stroke Perkataan Cina
Tips 1
Jangan Hafal Nama-nama Stroke Perkataan Cina
Walaupun menjadi hafalan utama kepada pelajar-pelajar di Sekolah Rendah, Nama-nama Stroke Perkataan Cina hanya sekadar nama kepada setiap garis atau titik penulisan.
Sebagai contoh, umpama menghafal perkataan “Vertical” serta “Horizontal” sebagai nama kepada cara tulis ABC dan kemudiannya menghafal huruf H sebagai “Vertical, Horizontal, Vertical“

Bukan sahaja memakan masa dan tenaga, menghafal dan menzahirkan nama-nama stroke perkataan cina pada permulaan pembelajaran hanya akan menambah beban dan tidak memberikan apa-apa kelebihan untuk anda kuasai Asas Mandarin.
Perkataan Cina
Tips 2
Belajar Perkataan Cina! Jangan Hanya Belajar PinYin Sahaja!
Laoshi faham. Anda pasti ingin bertanya:
“Eh, laoshi baru sahaja cakap nama stroke perkataan cina tak penting, kenapa perkataan cina penting pula?”
Betul! Nama Stroke tak penting, tapi PERKATAAN CINA itu sendiri penting!
Perkataan Cina, atau kita panggil sebagai “Han Zi” (汉字) sangat sangat sangat penting kepada pembelajaran Asas Mandarin yang holistik.

Cara paling mudah untuk menjelaskan kepentingan mempelajari Perkataan Cina (Chinese Characters/Han Zi) ialah seperti berikut:
- Dalam Satu Sebutan Mandarin,
[Contoh zuo] - Walaupun ada empat Intonasi (PinYin) berbeza,
[Contoh zuō, zuó, zuǒ, zuò] - Tahukah anda bahawa salah satu intonasi kepada sebutan boleh mewakili beberapa perkataan yang membawa maksud yang berbeza!
[Contoh zuò =
zuò 坐 duduk;
zuò 座 tempat duduk;
zuò 做 buat
zuò 作 mengerjakan sesuatu]
Oleh itu, kalau dalam satu bunyi spesifik zuò pun dah boleh membawa maksud empat perkara yang berbeza, bagaimana kita mahu kenalpasti maksud kepada zuò sekiranya kita tidak mengetahui perkataan mana yang dimaksudkan itu sendiri.
Belajar Mandarin menjadi susah SEKIRANYA anda diajar dengan perkara yang membebankan pemahaman anda
kalau rasa cara laoshi menarik, jom belajar Asas Mandarin dengan laoshi 🤓
Sebutan
Tips 3
Berikan Tumpuan Kepada Sebutan (3 Bahagian Penting) Melebihi Penambahan Kosa Kata
Mandarin ialah Tonal Language di mana intonasi dan sebutan memainkan peranan yang penting untuk menentukan perkataan apa yang kita ingin ungkapkan. Dan seperti yang kita selalu dengar dari kelas-kelas percuma mahupun kelas pemula bagi pelajar beginner, sebutan seperti chi, shi, ji, zi, zhi, si, xi sering menjadi latihan sebutan utama.
Untuk penjelasan kepada tips ini, laoshi bahagikan kepada Tiga Bahagian penting.
Accent
Pertama:
Usaha untuk Buang Accent Bahasa Lain
Kebanyakkan pelajar pemula sering membawa accent, atau loghat bacaan bahasa lain ke dalam Mandarin. Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa ianya tidak mudah untuk meninggalkan accent Bahasa Asal (Native Language) anda memandangkan bahasa tersebut yang menjadi bahasa pertama yang kita fikirkan dan ucapkan secara separa sedar (subconciously).
Oleh itu, luangkan lebih masa untuk tinggalkan accent dari bahasa lain dan berikan tumpuan untuk meniru accent penutur asal (Native Speaker) Mandarin. Salah satu kelebihan meniru accent Native Speaker ialah ia akan memberikan tanggapan kepada pendengar bahawa anda penutur asal Mandarin secara separa sedar. Ini merupakan kunci kepada bagaimana sesetengah pelajar yang mahir meniru accent Mandarin akan membuatkan pendengar Cina lupa bahawa anda berbangsa lain.


Maaf laoshi terpaksa kunci penjelasan Kedua dan Ketiga kepada Tips 3. Penjelasan ini hanya diberikan kepada peserta online platform laoshi sahaja kerana tips ini perlu dijelaskan bersama topik dan modul yang terdapat dalam online platform untuk memudahkan pemahaman tips ini memandangkan contoh yang lebih terpeinci diperlukan.
Spaced Repetition
Tips 4
Jangan Pulun Dan Belajar Terlampau Banyak Topik Dalam Jangka Masa Yang Pendek
Spaced Repetition atau Pembelajaran Berkala Berulang ialah kawan baik anda untuk mempelajari bahasa, tidak semestinya untuk Mandarin sahaja. Atau dalam erti kata lain, Istiqamah dan belajar dengan sedikit dalam jangka masa yang panjang lebih bagus dari pulun kesemua bahan pembelajaran dalam jangka masa yang singkat.
Integrated Learning
Tips 5
Mula Cari Cara Pembelajaran Mandarin Di Luar Bilik Darjah/Waktu Belajar
Persepsi paling sukar untuk dibasuh dari kebanyakkan pelajar ialah tanggapan bahawa:
“Belajar Mandarin itu adalah semasa dalam Kelas Mandarin”
Bagi anda yang membaca Tips terakhir ini, tahukah anda bahawa anda sebenarnya sedang belajar Mandarin di luar bilik darjah/waktu belajar. Secara tidak sedar anda telah menambah ilmu tentang Mandarin di luar kelas.
Mencari cara untuk belajar di luar waktu kelas, contohnya membaca surat khabar, mendengar radio, menonton Cdrama, menghafal lagu dan lain-lain seringkali menjadi aktiviti solo yang sunyi.
Tetapi, ANDA TIDAK KESEORANGAN! Tahukah anda, seramai 2547 pelajar yang lain juga tercari-cari cara belajar luar bilik darjah dan mereka menemui satu sama lain dalam online platform laoshi. Dengan adanya online platform, mereka semua dapat berbincang dan mengajukan soalan dalam Telegram Group laoshi.
Perjalanan Belajar Mandarin itu menjadi perjalanan yang sunyi kerana anda yang memilih untuk belajar berseorangan.
Kenapa belajar sendiri bila anda boleh belajar bersama 2547 pelajar lain? Klik “Daftar Sekarang”🤓
Jom Baca Artikel Lain Dari Laoshi